Langkah-Langkah Interim BNM bagi Insurans Perubatan
Kami amat komited dalam menyokong langkah-langkah interim BNM bagi insurans perubatan. Sila ambil maklum bahawa ini hanya terpakai untuk pemegang polisi yang terkesan dengan semakan semula perubatan yang berkuatkuasa pada 1 Oktober 2024 dan seterusnya.
Apakah Langkah-Langkah Interim tersebut?
-
Pelarasan secara berperingkat:
Bagi pemegang polisi yang terkesan, pelarasan premium akan dilakukan secara berperingkat selama sekurang-kurangnya tiga tahun pada 2024, 2025 dan 2026. Ini bermakna sekurang-kurangnya 80% pemegang polisi akan melihat pelarasan premium tahunan kurang daripada 10% setiap tahun.
-
Sokongan Warga Emas:
Akan ada penangguhan selama satu tahun pada pelarasan premium disebabkan oleh inflasi tuntutan perubatan bagi mereka yang berumur 60 tahun ke atas, yang dilindungi di bawah pelan minimum.
-
Penguatkuasaan Semula Polisi:
Pelanggan yang telah menyerahkan atau polisi mereka luput dari Januari 2024 hingga Februari 2025 kerana semakan perubatan, akan layak untuk menguatkuasakan kembali polisi tanpa keperluan pengunderaitan semula.
Pilihan ini tersedia berdasarkan permintaan bermula 15 Januari hingga 30 Jun 2025.
-
Pelan Alternatif:
Untuk menyokong langkah sementara, syarikat insurans mesti menawarkan produk alternatif yang sesuai dalam tempoh satu tahun akan datang dengan mempertimbangkan kemampuan jangka panjang untuk perlindungan perubatan.
Bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat mengenai caj insurans baharu saya?
Anda akan menerima pek pemberitahuan yang dikemas kini dengan perincian caj insurans baharu anda bergantung pada tarikh ulang tahun polisi anda. Sila rujuk kepada jadual di bawah:
![]() |
Di manakah saya boleh mendapatkan Tarikh Ulang Tahun Polisi saya?
Tarikh Ulang Tahun Polisi adalah tarikh setiap tahun yang menandakan ulang tahun apabila polisi anda mula-mula dikeluarkan.
Log masuk ke PRUServices di bawah Aktif > Pilih polisi > Tinjauan > Tarikh dikeluarkan; atau dalam dokumen polisi anda di bawah Tarikh Permulaan Polisi.
Bagaimanakah cara untuk mendaftar akaun PRUServices saya?
Untuk bantuan lanjut, pemegang polisi boleh menghubungi talian hotline khusus kami di 03- 2771 2450 (Isnin hingga Jumaat, dari 8.30 pagi hingga 5.15 petang), atau emel ke shareyourfeedback@prudential.com.my
Rujukan:
Pautan kenyataan media BNM: Interim measures to assist policyholders and to promote continued access to suitable medical and health insurance/takaful products - Bank Negara Malaysia
Pautan maklumat mengenai Langkah-Langkah Interim BNM: Interim Measures to Promote Continued Access to MHIT Products - Bank Negara Malaysia
Pautan kenyataan media LIAM: Insurance and Takaful Industry Introduces Interim Measures for Policyholders/Takaful Participants Impacted by Premium/Contribution Repricing
Pautan kepada Soalan Lazim LIAM: FAQ-Interim-Relief-Measures-20Dec2024-FinalVersion.pdf
Soalan-Soalan Lazim (FAQs)
1. Adakah polisi saya terjejas oleh langkah-langkah interim ini?
Langkah-langkah interim ini akan memberi kesan kepada pemegang polisi yang terkesan oleh semakan perubatan yang berkuatkuasa seperti berikut:
Tarikh Semakan |
Pelan Perubatan |
||
Bermula 1 Oktober 2024 dan seterusnya |
PRUHealth (PHL)1 PRUFlexi Med (PFM) PRUValue Med (PVM) PRUMillion Med (PMLM) dengan Med Saver 300 1Termasuk sub-rider PRUMedic Auto Upgrade |
||
Bermula 1 Disember 2024 dan seterusnya |
PRUMajor Med 1-5 (PMM)2 PRUGuard My Medical 2Termasuk sub-rider PMM Enhancer dan PMM Plus |
||
Pelan-pelan berikut dikecualikan daripada semakan perubatan dan tidak terjejas oleh langkah-langkah interim BNM:
|
|||
Kami akan menghubungi pelanggan yang terjejas sebaik sahaja kami mempunyai butiran tentang bagaimana langkah-langkah interim ini memberi kesan kepada polisi anda dan membuat pelarasan yang diperlukan.
2. Saya menerima surat pemberitahuan semakan perubatan. Apa yang perlu saya lakukan?
Kami menggalakkan anda untuk terus membayar premium semasa anda untuk memastikan kelestarian pelan anda. Kami akan menghubungi pelanggan yang terjejas sebaik sahaja kami mempunyai butiran tentang bagaimana langkah-langkah interim ini memberi kesan kepada polisi anda dan membuat pelarasan yang diperlukan.
Sila ambil perhatian bahawa ini terpakai kepada pemegang polisi yang terjejas oleh semakan perubatan berkuat kuasa 1 Oktober 2024 dan seterusnya, seperti yang dinyatakan dalam Soalan 1.
3. Surat pemberitahuan semakan perubatan menyebut mengenai Kempen Pelan Perubatan Khas. Adakah ini masih terpakai?
Sebelum BNM mengumumkan langkah-langkah interim, kami telah melancarkan Kempen Pelan Perubatan Khas untuk menangguhkan permulaan kadar premium serta potongan Kos Insurans (COI). Kempen ini terpakai untuk polisi pelan perubatan yang menjalani semakan semula perubatan mulai 1 Oktober 2024 hingga 31 Disember 2024. Kami telah melanjutkan kempen hingga 31 Mac 2025, bagi pelanggan yang terkesan dengan semakan semula perubatan berkuat kuasa dari 1 Oktober 2024 hingga 31 Mac 2025.
Kami menggalakkan pelanggan untuk terus membayar premium semasa anda untuk memastikan kelestarian pelan anda. Kami akan menghubungi anda sebaik sahaja kami mempunyai butiran yang lebih jelas tentang bagaimana langkah-langkah interim ini memberi kesan kepada polisi anda dan membuat pelarasan yang diperlukan.
4. Premium saya telah disemak semula antara 1 Januari 2024 dan 30 September 2024. Adakah saya layak di bawah langkah interim ini?
Langkah-langkah interim BNM hanya terpakai untuk polisi yang terkesan dengan semakan semula perubatan berkuatkuasa 1 Oktober 2024 dan seterusnya. Anda boleh merujuk jadual dalam Soalan 1 untuk butiran mengenai polisi yang layak.
5. Apa yang berlaku jika saya telah membayar premium baru sebelum langkah-langkah ini berkuat kuasa? Adakah saya akan mendapat bayaran balik dan bila?
Jika anda layak di bawah langkah sementara, anda akan menerima bayaran balik atas premium yang telah dibayar.
6. Apakah yang dimaksudkan dengan agihan kenaikan premium secara berperingkat?
Agihan kenaikan atau kenaikan premium secara berperingkat adalah fleksibiliti yang ditawarkan untuk melaraskan jumlah kenaikan premium kepada jumlah yang lebih rendah, yang diagihkan dalam tempoh 3 atau 5 tahun (bergantung kepada pelan perubatan anda). Ini hanyalah langkah bantuan sementara untuk membantu pemegang polisi menguruskan premium mereka semasa tempoh interim ini. Kami akan menghubungi pemegang polisi yang terjejas dengan maklumat lanjut.
7. Adakah manfaat saya akan terjejas oleh langkah baru ini?
Tidak, manfaat perubatan anda, termasuk had perlindungan, tidak akan berubah.
8. Bagaimanakah langkah-langkah ini akan memberi kesan kepada warga emas berumur 60 tahun ke atas?
Bagi pelanggan berumur 60 tahun ke atas yang dilindungi di bawah pelan minimum, perlarasan atau kenaikan premium anda akan ditangguhkan selama satu tahun . Ini bermakna tidak akan ada semakan semula harga untuk pemegang polisi yang layak, sila rujuk jadual dalam Soalan 1 untuk butiran terperinci.
Penangguhan satu tahun terhadap pelarasan atau kenaikan ini tidak terpakai kepada kenaikan premium yang disebabkan oleh pemegang polisi yang berpindah ke kelompok umur yang lebih tinggi.
Sila hubungi Perancang Kewangan Prudential atau Wakil-Wakil Bank anda maklumat lebih lanjut mengenai pelan anda.
9. Saya tidak pernah membuat sebarang tuntutan sebelum ini, mengapakah premium saya tetap meningkat?
Insurans berfungsi berdasarkan konsep pengumpulan risiko. Ia adalah perkongsian risiko kewangan yang sama rata di kalangan kumpulan besar orang yang menyumbang dana ke dalam kumpulan yang sama. Insurans menggunakan kumpulan wang ini untuk menampung jumlah tuntutan yang besar bagi meminimumkan kos impak kepada pemegang polisi. Apabila tuntutan meningkat, kumpulan wang ini perlu ditambah dengan menaikkan premium.
10. Apakah pilihan lain yang tersedia untuk saya?
Kami menawarkan beberapa pilihan fleksibel, termasuk:
Insurans |
|
Pilihan |
Butiran |
Beralih kepada pelan perubatan dengan pembayaran bersama |
Anda boleh mengurangkan premium anda dengan menukarkannya ke pelan pembayaran bersama (Contoh: Deduktibel / Med Saver / Koinsurans), jika berkenaan. |
Menilai semula dan mengurangkan manfaat semasa |
Anda boleh menilai semula dan mengurangkan manfaat bersesuaian dengan keperluan anda, tertakluk pada terma dan syarat polisi. Namun, anda diingatkan bahawa sebarang perubahan kepada perlindungan akan memberi impak kepada perlindungan anda. |
Penukaran kekerapan pembayaran premium |
Anda boleh mempertimbangkan untuk menukar kekerapan pembayaran premium anda untuk mengurangkan komitmen kewangan sekaligus (jika berkenaan). |
Membeli pelan perubatan baharu |
Anda mempunyai pilihan untuk membeli pelan perubatan baharu yang ditawarkan oleh Prudential, tertakluk kepada pengunderaitan. |
Menukar Tempoh Perlindungan Sasaran (untuk sijil Berkaitan Pelaburan sahaja) |
Pendekkan tempoh perlindungan sasaran agar sesuai dengan keperluan dan kemampuan anda. Ambil perhatian bahawa perubahan ini boleh menjejaskan keupayaan polisi untuk mengekalkan caj insurans sehingga umur tamat tempoh yang dipilih. |
|
|
Anda juga boleh menghubungi Perancang Kewangan Prudential dan Wakil-Wakil Bank anda untuk mendapatkan nasihat serta saranan lanjut.
11. Saya telah menyerahkan polisi / polisi telah luput kerana semakan semula harga. Bolehkah saya menguatkuasakan kembali polisi saya di bawah langkah-langkah interim ini?
Jika berkenaan, pemegang polisi yang telah menyerahkan atau polisi mereka luput dari Januari 2024 hingga Februari 2025 kerana semakan perubatan, akan layak untuk menguatkuasakan kembali polisi tanpa keperluan pengunderaitan semula. Tempoh menunggu akan dikecualikan bagi permohonan penguatkuasaan semula khas ini.
Pilihan ini tersedia berdasarkan permintaan bermula 15 Januari hingga 30 Jun 2025.
Untuk polisi yang telah luput:
Sila isi borang permohonan Penguatkuasaan Semula sini dan menghubungi Perancang Kewangan Prudential atau kunjungi Pusat Perkhidmatan Prudential yang Ber Ekatan.
Untuk polisi yang telah diserahkan:
Sila hantar permohonan secara bertulis kepada Perancang Kewangan Prudential atau kunjungi Pusat Perkhidmatan Prudential yang berdekatan.
Sila pastikan semua pembayaran terkini telah dibuat.
Mohon anda untuk memastikan semua bayaran telah dibuat.
12. Berapakah tempoh yang diambil untuk menguatkuasakan kembali polisi?
Sila beri kami tempoh sehingga 10 hari bekerja untuk memproses permintaan penguatkuasaan semula polisi anda. Anda akan menerima surat pemberitahuan daripada kami setelah permohonan anda diluluskan.
13. Berapakah jumlah yang perlu saya bayar untuk menguatkuasakan semula polisi saya?
Tiada yuran pemprosesan yang dikenakan untuk menguatkuasakan kembali polisi anda. Walaubagaimanapun, anda perlu membayar sebarang premium yang tertunggak dari tarikh penyerahan/luput polisi anda serta memulangkan jumlah penuh bayaran penyerahan (untuk polisi yang diserahkan).
Setelah polisi anda dikuatkuasakan semula, caj insurans baru secara berperingkat akan dikenakan bermula 1 April 2025.
Sila ambil perhatian tentang Tempoh Menunggu, seperti yang dinyatakan dalam Soalan 14.
14. Setelah polisi saya dikembalikan semula, adakah jumlah premium saya akan kekal sama seperti sebelum ini atau akan menjadi premium baru yang berperingkat?
Ya, jumlah premium kekal sama. Selain itu, Kempen Pelan Perubatan Khas terpakai untuk polisi yang layak dengan ulang tahun dari 1 Oktober 2024 hingga 31 Mac 2025.
Jumlah berperingkat akan berkuat kuasa mulai 1 April 2025.
15. Mengapa kenaikan caj insurans melebihi 10% seperti yang disebutkan dalam langkah interim?
Caj insurans anda ditentukan berdasarkan faktor risiko. Ini mungkin termasuk umur, jantina, dan jenis pelan perubatan. Kami mengkaji keseluruhan latar belakang pelanggan yang anda tergolong dan faktor penilaian khusus ini untuk menentukan berapa banyak caj insurans anda akan meningkat, yang mungkin melebihi 10% untuk tahun tertentu.
16. Bolehkah saya memilih kuantum berperingkat yang berbeza untuk membayar jumlah premium yang berbeza?
Kami menggalakkan anda untuk membayar jumlah premium semasa anda untuk memastikan kemampanan pelan anda. Jika anda ingin meneroka pilihan lain untuk menguruskan premium anda, sila rujuk kepada Soalan 10.
17. Sejauh mana langkah sementara ini berdaya tahan dan bagaimana ia akan mempengaruhi premium atau potongan caj insurans saya dalam jangka masa panjang?
Langkah sementara BNM diperkenalkan untuk membantu mengurangkan impak kewangan segera dan memastikan perlindungan jangka panjang.
Walau bagaimanapun, isu asas yang mendorong kepada inflasi kos perubatan memerlukan pembaharuan perkhidmatan kesihatan yang lebih luas dan kerjasama antara pelbagai pihak berkepentingan. Kami komited untuk membantu pelanggan kami dengan menyediakan penjagaan kesihatan yang boleh diakses, berpatutan dan berkesan.